Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Dr Ilyas Harun

Email: drilyasmy@yahoo.co.uk

Telefon: +60129516012

Saturday, 28 December 2013

Buku-buku hasil tulisan Dr Ilyas Harun

Berikut merupakan buku-buku hasil tulisan Dr Ilyas Harun. Sebarang tempahan boleh hubungi:

Cik Atiqah
No tel: 011-23236650 (call, sms atau whatsapp)
Email: atiqahnadwa@yahoo.com



1.  Agenda Ekonomi & Sosial Melayu Masih Belum Selesai


Buku paling hebat buat para usahawan Melayu dan ahli perniagaan Melayu yang ingin memahami padang permainan ekonomi di Malaysia kala ini. Banyak mengupas tentang latar belakang syarikat-syarikat Melayu dengan ulasan2 tajam yang membina. 




Buku: Agenda Ekonomi & Sosial Melayu Masih Belum Selesai

Harga: RM 40



2. Who Wrote the Bible?

Mutakhir ini, terlalu banyak polemik telah terjadi dalam kalangan orang Islam tentang 'authenticity', kesahihan kitab bible yang dianuti oleh umat Kristian sekarang. Oleh itu, Dr Ilyas Harun telah menulis sebuah buku tentang kajian beliau berkenaan agama Kristian dan kitab suci mereka, kitab bible. 

Semua orang bermula dengan andaian ataupun 'assumption' bahawa adanya tuhan yang maha agung dan kita tidak sepatutnya mempersoalkan tentang tuhan itu. Tetapi beliau berfikiran sebaliknya dan mengajak untuk membuka tempurung pemikiran kita untuk memikirkan dan membuat persoalan dalam semua perkara. Mari kita gunakan akal fikiran yang sihat untuk berfikir adakah segala yang kita terima bulat-bulat sekarang ini adalah benar? Tiada siapa pun pernah melihat tuhan. Apa yang kita ketahui tentang tuhan tidak lebih dari hanya apa yang kita diberitahu, dakwaan-dakwaan di dalam kitab-kitab tertentu, mahupun ikut-ikutan semata-mata dari keturunan ibu, ayah, datuk, nenek dan seterusnya. Bagaimana pula bilamana apa yang diberitahu oleh ibu, ayah, nenek dan moyang kita itu semua tentang tuhan adalah SALAH? Ya, nenek moyang kita yang terdahulu sememangnya telah salah dalam pelbagai perkara, dan dalam hal ketuhanan juga mereka mungkin masih salah.

Jadi mari kita persoalkan dan berfikir tentang segala tanggapan dan dakwaan-dakwaan tentang tuhan itu sendiri. Dan kita harus bebaskan pemikiran dari andaian awal dari apa yang telah kita percaya turun temurun, prejudis, dan mari kita siasat dan gali kebenaran semata-mata. Dan mari kita gunakan parameter kebenaran itu berasaskan akal logik yang sihat.

Kitab-kitab suci ini, terutamanya bible, mengandungi begitu banyak kesalahan dan pertentangan di dalamnya. Dengan dimuatkan dengan banyak perkara-perkara tahayul, bida'ah, pencedokan sedikit sejarah (hanya di kawasan kaum kitab itu saja), kesalahan matematik dan pengiraan, ejaan-ejaan serta sebutan salah dari perkataan sebenar, dan juga dakwaan-dakwaan (claims) tidak masuk akal, adakah kita masih mahu percaya semuanya itu adalah apa yang disampaikan oleh tuhan?

Kita sedia maklum bahawasanya Galileo Galilee berani mencabar aqidah dan kepercayaan berbillion manusia lain disekelilingnya yang percaya membabi buta bahawa bumi itu leper/rata. Kita juga tahu yang Darwin juga seorang yang berani menegakkan teorinya yang menentang kepercayaan karut berbillion manusia lain ketika itu bahawa bumi dicipta dalam masa 6 hari. Lamark juga seorang yang berani kerana benar kerana telah menentang kepercayaan tahyul turun temurun bahawa usia bumi yang kita diami ini hanyalah berusia 6000 tahun oleh para gereja. Dan jikalau anda kenal siapa Giordano Bruno, beliau telah dihukum bakar oleh gereja dengan begitu kejam kerana menegakkan kebenaran bahawa bumi itu bulat. Maka kebenaran yang ditegakkan dengan akal yang sihat telah cuba disembunyikan oleh penguasa-penguasa agama dengan fatwa-fatwa mereka demi untuk mengawal manusia dengan memperbodohkan manusia itu sendiri.

Dapatkah kita mengerti bahawa ianya bagus untuk mentafsirkan 'buku panduan' yang didakwa datang dari tuhan, dengan cara yang berbeza? Lagikan pula, apakah gunanya sebuah 'buku panduan'? Bukankah ia bertujuan untuk memandu arah kita dengan jelas dan jitu tanpa ada berselindung di balik kata-kata yang terlalu umum dan banyak bertentangan sesama sendiri?

Kitab suci perlulah menjadi petunjuk jalan kepada arah kemanusiaan, dan mengajarkan jalan yang lurus, konsisten dan benar. Tapi kalau petunjuk jalan itu menunjukkan kita ke arah utara, kemudian ke tenggara, kemudian ke timur, kemudian ke barat dan setelah itu ke timur pula sebelum ke selatan, apakah gunanya 'peta petunjuk jalan' yang sebegitu? 'Peta' sebegitu tidak berguna satu sen pun buat manusia yang ingin memajukan diri dan umatnya.


Tujuan kita menggunakan peta ataupun 'guide book'/'buku panduan' adalah untuk mendapat idea yang jelas, terang, dan jalan lurus mana yang boleh kita gunakan di dalam kehidupan menuju ke sesuatu matlamat. Tapi bila 'guide book'/'buku panduan' itu terpaksa pula ditafsirkan lagi dengan kacamata manusia dan pemahaman sendiri pemuka-pemuka agama, maka bukanlah ia datang dari tuhan dan telah gagal juga ia untuk memenuhi tujuannya sebagai kitab suci.



Buku: Who Wrote the Bible?

Harga: RM 50

3. Di Sebalik Alam Ada Alam


Di Sebalik Alam Ada Alam adalah sebuah novel 548 muka surat yang turut memuatkan prosa-prosa sajak dan puisi nukilan Dr Ilyas sendiri. Novel ini menyingkap kisah-kisah yang berlaku di dalam masyarakat kita yang menjadi satu polemik negatif yang kalau tidak dibendung akan menjahanamkan orang Melayu beragama Islam di negara ini. Walaupun ia berbentuk naratif tetapi mesej yang mahu disampaikan ini adalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa apa2 isu pun tidak boleh melulu dianggap sensitif serta negatif tanpa menggunakan pemikiran/minda yang terbuka untuk menyelesaikannya, bukan pula dengan cara amarah, emosi ataupun melalui demonstrasi yang merosakkan di merata tempat bagi melepaskan geram atau rasa tidak puas hati.

Pendek kata, apa-apa juga perkara yang berlaku di dalam masyarakat kita hendaklah diselesaikan secara budi bicara yang berhemah dengan menggunakan daya fikir yang waras tanpa pengaruh emosional, mengikut garis panduan alam semulajadi yang diciptakan tuhan semesta alam. Kemajuan dan peradaban satu-satu komuniti itu adalah berpandukan pemikiran serta daya fikir yang aktif, kreatif dan terbuka.

jangan kita menganggap sesuatu bencana atau perkara yang dianggap negatif pada hari ini boleh menjadi negatif pula di masa-masa yang akan datang. manusia yang jahat di zaman mudanya itu akan bertukar menjadi baik di zaman dewasanya. sebaliknya, manusia yang baik itu boleh pula bertukar menjadi jahat di hari-hari tuanya sebab semua yang ada di alam semesta ini pasti mengalami perubahan (baharu/dijadikan).

Secara khususnya dari segi penceritaan novel ini, banyak menyuntik tentang pengembaraan mengenali alam Melayu melalui sejarah peradaban lampau, oleh watak-watak marhaen seperti kita semua, di zaman moden masakini. kalau ditafsir lagi, mirip akan kembara pencarian Dr ilyas dalam penceritaannya jika diteliti latar tempat-tempat, masa dan golongan-golongan manusia yang diceritakan.

Alam ghaib, falsafah-falsafah kuno, roro kidul, ajaran-ajaran melayu lama, illuminati, dan banyak lagi topik-topik dikupas dalam bentuk yang menarik untuk difahami. Pendek kata, jika mempunyai otak yang malas mahu mebaca buku-buku Dr ilyas yang berfakta, baca sajalah novel ini kerana ia diceritakan melalui watak-watak yang dikisahkan.



Buku: Di Sebalik Alam Ada Alam

Harga: RM 60

4.  Illuminati and One World Government Conspiracy

Buku berbahasa Inggeris yang memuatkan semua fakta dan pengurai kekusutan yang ramai antara kita alami dalam hal gerakan illuminati dan hidden hand yang mencengkam seluruh dunia.

Persoalan tentang bagaimana dan mengapa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB/United Nations) ialah satu titik paling penting dalam konspirasi besar untuk menghilangkan kedaulatan semua negara-negara dunia dan 'penghambaan' negara-negara tersebut ke dalam PBB, maka termakbullah 'dictatorship' satu dunia yang masih gelap misteri kepada hampir semua manusia.

Sebab utama kepada ketidaksedaran kepada bahaya besar yang menanti terhadap semua negara dunia ini cukup mudah. Dan 'masterminds' di sebalik konspirasi hebat ini memiliki kuasa dalam mengawal seluruh media massa, komunikasi massa terutamanya TV, radio, akhbar-akhbar utama, dan filem-filem terkenal dunia iaitu melalui Hollywood.

Kita juga perlu tahu yang 'US State Department', melalui Pentagon dan White House acapkali mendabik dada mengaku merekalah yang berhak dan betul serta berkuasa dalam menentukan berita-berita, mengesahkan apa yang betul, sedangkan mereka tidak memberikan apa yang benar pun kerana mereka cuma mahu memberitahu apa yang kita mahu percaya saja.

Mereka telah merampas kesedaran kita melalui perancangan konspirasi besar ini dengan objektif utama untuk menyogok minda manusia agar menerima umpan palsu bagi membuatkan Amerika Syarikat dan negara-negara dunia tunduk dalam perhambaan kepada PBB di bawah lembayung kata 'One World Government'.

Illuminati, selaku 'bapa' kepada segala doktrin dunia yang melahirkan Zionism, Communism, Nazisme, dan Facism, juga memiliki badan di England seperti badan yang ada di Amerika Syarikat seperti yang diterangkan di atas melalui 'British Institute of International Affairs atau nama asalnya, The Royal Institute of International Affairs. Sebenarnya ada banyak organisasi Illuminati yang ditubuhkan di setiap negara dunia bagi mengawal apa yang telah disebutkan tadi di negara-negara seperti Perancis, Jerman dan lain-lain. Ini bagi membolehkan mereka menembusi setiap lapisan yang ada dalam setiap hal ehwal negara negara tertentu.

Di Malaysia, mereka ada Bersih, Merdeka Center dan banyak lagi yang sumbernya datang terus dari National Endowment for Democracy (NED), sebuah organisasi terancang milik Illuminati berpusat di Amerika Syarikat.(http://www.globalresearch.ca/malaysia-failure-of-u-s-to-subvert-the-elections-and-install-a-proxy-regime/5334439)

Dan wajib kita ketahui, operasi segala organisasi ini diternak dan direncanakan dengan teliti oleh 'the International Bankers', yang di kawal mereka ini akhirnya, oleh 'the Rothschilds'. Selebihnya, baca sendiri dari buku ini.

Antara isi buku ini mengisahkan banyak tentang:

1. Zionist Judaism and The One World Government
2. Nationalism and Universalism of Judaisem
3. The Illuminati, The Counsel of on Foreign Relations and The One World Government Conspiracy
4. Proofs of Ancient Conspiracy: The Protocols of the Learned Elders of Zion
5. The Protocols of the Learned Elders of Zion
6. Illuminati's Conspiracy is not true?


Buku: Illuminati and One World Government Conspiracy

Harga: RM 60

5. Jurus Strum Formula

Sebuah buku yang memuatkan ibu segala isi bagi ilmu perubatan Cina, Melayu lama dan Islam. Dapatkan segera! Lengkap dan padat. Buku ini lengkap dengan ilustrasi cara urutan pada tangan yang mampu menyentuh point-point organ dalaman manusia. Sangat berguna sebagai kitab panduan bagi mereka yg mahu mendalami ilmu urutan.


Buku: Jurus Strum Formula

Harga: RM 50


6. Malai/Malay/Malayu Dan Dunia

Sebuah buku terbaru dari Dr. Ilyas Harun, ‘MALAI/MALAY/MELAYU DAN DUNIA’ adalah sebuah langkah yang besar dalam memaklumkan akan isi dan pati segenap rahsia bagi bangsa Melayu yang punyai sejarah dan warisan agung sejak jutaan tahun yang lampau.
Antara isi-isi silam yang mengupas lengkap dan panjang lebar akan MALAYU:

1. Rahsia Malayu
2. Asal-usul orang Malayu
3. Siapakah Batara Guru
4. Malaiyanam Mulayanam – Ajaran Malayu
5. Ramalan munculnya Ratu Adil
6. Hidup dan kehidupan sesudah mati
7. Sastra Jendra Hayuningrat dan Dewa Suci

Juga diperkemaskan dengan susunan perbincangan kontemporari dalam hal ehwal bangsa Melayu di masa sekarang:

8. Siapakah orang Cina seberang laut?
9. Ekonomi: Penguasaan orang Cina
10. Konspirasi Zionis dan Illuminati
11. Protokol The Learned Elders of Zion
12. Formula meningkatkan ekonomi Melayu
13. The Malay Ode

Turut dikupas:

1. Kerajaan-kerajaan Melayu Nusantara
2. Asal mula Gangga Nagara
3. Ketuhanan: Ilmu dan kefahaman sufi
4. Falsafah & Sastra Malayu Tua


Buku: Malai/Malay/Malayu Dan Dunia

Harga: RM 70

7. Malaiyana Mulayanam

Apakah kalian sedar bahawa bangsa gunung, Malaiyu ini telah lama memiliki ajaran jati diri dan sikap dalam cara berfikir yang jauh lebih purba dari segala tamadun agama purba? janganlah pelik, sebab kitab sureg galigo dari suku Bugis saja adalah jauh lebih lama dari agama Hindu pun. ayuh gali rahsia jati diri bangsa Malayu yang asal sekarang!

Ajaran Melayu bukanlah seperti agama ataupun dogma. Tetapi ia adalah ajaran dan pengajaran yang menerapkan nilai-nilai dalam kehidupan seorang Melayu itu sendiri.

Ajaran Melayu yang asli dan sejati ini bergelar 'Malaiyana Mulayanam' yang bererti 'Ajaran Melayu Mula Ajaran'. Ianya dikenali juga dengan nama 'Asal Usul Ilmu Pengetahuan'.

Ketahuilah bahawa sebelum 7000 tahun dahulu, tidak ada terdapat rumah ibadat, masjid, gereja dan sinagog. Setiap manusia percaya akan kewujudan Tuhan Maha Esa. Tidak ada nabi, rasul, penjelmaan tuhan,  inkarnasi mahupun orang tengah antara tuhan dan manusia.

Sesungguhnya bolehlah dikatakan bahawa Melayu itu ALAM, DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN dan BUDAYA YANG MEMERINTAH yang mempunyai ciri-ciri utama, iaitu:

1. TIDAK BOLEH HASAD DENGKI
2. TIDAK BOLEH MUNGKIR JANJI
3. TIDAK BOLEH BERDOLAK-DALIK
4. TIDAK BOLEH BERPUTUS-ASA
5. TIDAK BOLEH TAKUT

Sistem beraja serta ketatanegaraan dan juga kekeluargaan Melayu yang telah diwujudkan oleh nenek moyang Orang Melayu masih diamalkan sehingga sekarang. Ia menjadi satu model pula yang diterapkan ke dalam dogma kepercayaan dan ajaran agama, sistem pemerintahan, sistem ekonomi dan sosial dan juga pembangunan ketamadunan.

Ketamadunan Melayu di zaman purba itu telah meninggalkan kesan dan artifaks di mana ia tersebar ke seluruh dunia yang tidak dapat diberikan jawapan tepat oleh para sarjana Barat dan Timur. Di samping itu, nenek moyang leluhur Orang Melayu telah meninggalkan ajaran pertama di muka bumi ini yang berkembang sebagai ilmu pengetahuan MISTERI bagi sarjana yang tidak dapat membongkarkan hal-hal yang terkandung di dalamnya. Cuma sebahagian kecil saja yang dapat dipecahkan 'KEMISTERIAN' itu yang membolehkan bangsa-bangsa Barat mampu pula membangunkan tamadun mereka yang menjadi idola manusia sekarang. Tetapi orang Melayu telah terlena panjang dek berbagai faktor dalaman dan luaran.

Adalah dicadangkan para pembesar Melayu yang kini mempunyai kuasa dan tokoh-tokoh korporat Melayu di negara ini dapat memikirkan kaedah ataupun cara-cara mengembalikan kegemilangan Orang Melayu itu yang makin pupus. Pengkajian mendalam di bawah dasar Laut China Selatan, Laut Sulu, dan Laut Jawa mestilah dilakukan oleh para saintis dan pakar-pakar di dalam pelbagai disiplin ilmu untuk menemukan kesan-kesan ketamadunan Melayu yang telah tenggelam.

Dana secukupnya mestilah disediakan bagi maksud ini supaya ianya mencapai kejayaan sepenuhnya. Hal ini dapat memberikan suntikan semangat kepada Orang Melayu masakinidan masa akan datang untuk bangkit semula menjadi peneraju dunia.

Buku setebal 488 muka ini mengupas banyak berkenaan dengan:

1. Tenggelamnya sebahagian tanah air Orang Melayu yang bernama "Sundaland"
2.  "Malaiyana Mulayanam" Ajaran Melayu Mula Ajaran
3. Asal usul orang Melayu
4. Siapakah Batara Guru
5. Ramalan munculnya Putra Batara Indra atau Ratu Adil
6. Hidup dan kehidupan sesudah mati
7. Sastra Jendra Hayuningrat Pangruwanting Diyu
8. Orang Melayu mesti bersatu
9. Menguji minda anda sebagai manusia.




Buku: Malaiyana Mulayanam

Harga: RM 60

8. Siapakah Orang Cina Seberang Laut?

Buku ini mengkaji dan mengupas sejarah purba dan juga peristiwa yang berlaku di Tanah Besar Negeri China, menyebabkan wujudnya tanah air Orang China Seberang Laut, di Yueh di selatan Negeri China yang menjadikan mereka sebagai kuasa ekonomi di negara-negara Asia Tenggara dan Asia Pasifik.

Mereka berpandukan pada kata-kata mutiara Sun Tzu yang dinukilkannya di dalam buku beliau yang amat terkenal itu, dinamakan Seni Peperangan.
"Jadilah sangat licik agar kamu tidak diperasan.""Jadilah sangat misteri agar kamu tidak dikesan.""Akhirnya kamu dapat menguasai nasib pesaing."
Penguasaan ekonomi Orang China Seberang Laut itu di Malaysia dan Indonesia yang menjadi tonggak Nusantara, bumi orang Melayu, berjaya melemahkan kedudukan dan status penduduk peribumi di mana secara lansung dan tidak lansung mereka dapat mempengaruhi kuasa-kuasa politik yang berada di dalam tangan bangsawan dan teknokrat Melayu.

Untuk memperbetulkan keadaan ekonomi, politik dan sosial Orang Melayu di Malaysia khasnya dan juga di Indonesia amnya, buku ini wajiblah dijadikan panduan dan pedoman.


Buku: Siapakah Orang Cina Seberang Laut?

Harga: RM 60



9. Sumber Asal Agama Yahudi dan Kristian


Di antara “agama-agama Langit” (Yahudi, Kristian & Islam), agama Yahudi merupakan agama yang paling awal kewujudannya. Ia bolehlah dikatakan sebagai induk bagi agama-agama Kristian dan Islam. Namun begitu, tiada siapa yang mengetahui siapa pula yang mendirikan agama Yahudi.

Daripada kajian-kajian yang telah saya jalankan, didapati agama Yahudi, Kristian & Islam mendapat sumber asalnya daripda berbagai agama yang wujud pada zaman sebelum dan semasa agama-agama tersebut didirikan. Sumber paling utama adalah daripada agama Mesir Purba, agama Sumeria, Zoroasterism, dan agama-agama Pagan.
Kajian perbandingan agama merupakan satu bidang khusus yang tidak menyebelahi mana-mana agama. Hal ini disebabkan agama yang baru wujud adalah sebahagian sumbernya daripada agama-agama yang terdahulu. Jikalau dikaji secara mendalam, agama yang lebih baru mesti ada pendiri dan kitab sucinya, tetapi tidak didirikan rumah ibadat, seperti sinagog (Yahudi), gereja (Kristian), dan masjid (Islam). Lama selepas itu, barulah didirikan rumah-rumamh ibadat.

Agama Yahudi (Judaism) berjaya disatukan semasa orang-orang Yahudi mendirikan penempatan sendiri atau negara sendiri di bumi Canaan. Pada waktu itu, umat Yahudi berpecah kepada tiga kelompok besar, iaitu kelompok yang menetap di Judaea (Palestin), kelompok yang menetap di Babylon, dan kelompok yang menetap di Mesir. Apabila orang-orang Yahudi di Mesir dibawa keluar oleh Moses, mereka terpaksa menyeberang Padang Pasir Sinai dan berkelana di situ selama 40 tahun. Kemudiannya, mereka dibawa oleh Joshua, setelah kematian Moses, ke Palestin. Manakala bagi kelompok di Babylon yang hidup sebagai pelarian di situ dibawa ke Palestin oleh Ezrra dan beberapa orang lagi ketua mereka. Apabila ada negara sendiri, mereka mencantumkan Tuhan “El” (dari Babylon) dengan Tuhan “Yahweh” (dari Mesir).

Oleh kerana agam Yahudi itu tersangat ketat bagi orang-orang bukan Yahudi, ia menjadi agama eksklusif untuk Yahudi sahaja. Maka terdapat pula orang-orang Yahudi yang tidak berpuas hati dengan para pendita Yahudi, dan mereka mengasingkan diri sebagai kelompok baru, dan kemudiannya kelompok ini pun dinamakan Kristian, dikatakan diasaskan oleh Jesus Christ. 


Buku: Sumber Asal Agama Yahudi dan Kristian

Harga: RM 60




10. Sastra Abadi - Seloka Melayu Sejati

Buku ini memuatkan kisah, tauladan dan kiasan tersurat dan tersirat untuk memahami kehidupan sebenar manusia di muka bumi ini. Sastra Abadi adalah warisan nenek moyang Orang Malayu yang telah wujud di bumi Nusantara ini beratus ribu atau lebih daripada sejuta tahun yang lalu. Penemuan penempatan manusia yang berusia lebih 1.83 juta tahun telah ditemui oleh pakar-pakar sains arkeologi dan anthropologi Universiti Sains Malaysia (USM) di Lenggong, Perak. Ia telah disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui UNESCO dan tapak di Lenggong, Perak itu dijadikan Warisan Dunia. Sastra Abadi mengisahkan kehidupan manusia daripada zaman dahulu sehinggalah ke hari ini. 




Buku: Sastra Abadi - Seloka Melayu Sejati

Harga: RM 60





Sebarang tempahan boleh hubungi:

Cik Atiqah
No tel: 011-23236650 (call, sms atau whatsapp)
Email: atiqahnadwa@yahoo.com

Pengenalan Alam Malai

ALAM MALAI merupakan sebuah wilayah yang diwujudkan di Nusantara dengan matlamat utamanya adalah:

Untuk menyatukan seluruh Wangsa Malai (tanpa mengira etnik, jantina, kepercayaan agama dan tempat) ke dalam SATU ALAM yang tiada mempunyai batas ataupun sempadan dengan berdasarkan kebebasan kemanusiaan mengikut asal kejadiannya.


"Kebebasan itu bukanlah hak mutlak manusia tetapi ia adalah anugerah Tuhan. Tiada seseorang atau kumpulan pun yang berhak menguasainya atau untuk memperhambakan manusia dalam apa-apa cara sekali pun."

Bahawasanya:

1. Alam ini (Dunia) yang dijadikan Tuhan adalah untuk seluruh manusia.
2. Tiada mana-mana kuasa/pihak yang berhak untuk memerintah Dunia dan masyarakatnya tanpa mengambil kira pandangan seluruh masyarakat.
3. Setiap pemegang jawatan mestilah memenuhi kehendak masyarakat pada setiap masa, dan jika sekiranya pihak berkuasa itu gagal menunaikan segala kehendak masyarakat, secara dengan serta merta dilucutkan jawatan.
4. Tiada mana-mana kerajaan, pihak berkuasa, parti politik, syarikat, pertubuhan atau individu boleh memiliki pegangan (hak milik) terhadap mana-mana tanah, lombong atau sumber alam.
5. Seluruh tanah, lombong/tasik dan sumber alam adalah hak milik bersama seluruh masyarakat secara sama rata.

Lambang Alam Malai
                                         


PIAGAM DAN DASAR ALAM MALAI

Piagam dan Dasar Alam Malai merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia yang dibahagikan kepada perkara-perkara berikut:

1. Pemerintahan

Sistem pemerintahan adalah berpandukan kepada undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh semua anggota masyarakat yang berteraskan kepada dasar sama rata tanpa diskriminasi, kebebasan hak asasi kemanusiaan, keselamatan dan keamanan, keadilan undang-undang dan kemakmuran bersama di kalangan anggota masyarakat.


2. Pendidikan

Sistem pendidikan dan pembelajaran adalah berbentuk Malaiyana, di mana keutamaan diberikan kepada bakat dan kemahiran semulajadi manusia untuk digerakkan ke arah kegemilangan. Semuanya adalah PERCUMA dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat tinggi.

a) Pendidikan rendah pada usia 7-11 tahun (tanpa ada Tadika) untuk sistem 3 M, iaitu Menulis, Membaca dan Mengira. Tiada peperiksaan.

b) Pendidikan menengah pada usia 12-15 tahun yang menitikberatkan kemahiran hidup.

c) Tumpuan khas diberikan kepada para pelajar tentang etika dan budaya bersopan santun, rajin berusaha, kebersihan diri dan persekitaran, etika komunikasi yang berhemah dan hormat menghormati, mengenal jati diri dan kepercayaan pada diri sendiri, membina sikap utama (iaitu tidak boleh berdolak dalik, tidak boleh mungkir janji, tidak boleh berhasad dengki, tidak boleh kecewa/putus asa, dan tidak boleh takut) dan integriti diri (iaitu bersikap mulut mesti manis dengan pertuturan yang berbudi bahasa, pemikiran dan hati nurani yang bersih, dan perilaku yang rajin dan usaha).

d) Memupuk sifat dan sikap bekerjasama, toleransi, berbudi bahasa, keamanan, berkongsi dan kemakmuran bersama.

e) Subjek-subjek utama adalah mengenali alam semulajadi, mengenali diri sendiri, mengenali segala haiwan dan tumbuhan, dan menjaga alam sekitar.

f) Semua sekolah rendah dan menengah adalah berbentuk universiti yang dipenuhi dengan makmal-makmal berbagai bidang.

g) Penubuhan AKADEMIA MALAIYANA, berbentuk universiti yang menitikberatkan kajian dan penyelidikan berbagai bidang, pengajaran dan pensyarahan.


3. Perumahan

Semua warga Alam Malai mempunyai rumah mampu milik; kos rendah yang mempunyai empat bilik dan tiga bilik air dengan harga RM30 ribu, dan kos tinggi yang mempunyai tujuh bilik dan enam bilik air dengan harga RM100 ribu. Semua bahan binaan adalah dibuat sendiri.

a) Kemudahan awam (monorel dan pembuangan sampah/pembersihan kawasan adalah percuma,
b) Bekalan air percuma,
c) Bekalan elektrik percuma,
d) Dewan Orang Ramai percuma
e) Kemudahan asas yang lengkap
f) Keselamatan yang terjamin.


4. Kawasan Perindustrian

Semua jenis industri dan pembuatan ada tedapat di sini untuk menjadikan Alam Malai sebagai penempatan serba lengkap dan kecukupan sendiri, seperti:

a) Industri pelbagai makanan dan minuman,
b) Industri perlbagai pakaian dan kelengkapan fabrik/tekstil dan perhiasan
c) Industri pelbagai bahan binaan,
d) Industri pelbagai barangan elektronik
e) Industri kejuruteraan
f) Industri berat (seperti membuat kapal terbang, keretapi, kereta, dll)
g) Pelbagai pusat R&D

5. Kawasan Pertanian dan Ternakan (termasuk perikanan)

Semua jenis tanaman dan ternakan terdapat di sini untuk sumber makanan/minuman dan herba ubatan, termasuklah pusat-pusat R&D pertanian. Selain itu, benih-benih tanaman dan baja akan diberikan kepada para petani di seluruh negara yang mana hasilnya akan dibeli oleh Alam Malai.


6. Kesihatan

Rawatan dan perubatan adalah percuma dengan diuruskan oleh tenaga-tenaga pakar dalam bidang kesihatan:

a) hospital (meliputi rawatan/perubatan tradisional, alternatif dan moden)
b) poliklinik
c) pusat rawatan/perubatan haiwan
d) R&D penyakit, rawatan, ubatan, dll


7. Pusat Orang Tua, Anak Yatim dan OKU

Mendirikan pusat-pusat latihan, rawatan dan penjagaan bagi orang-orang tua, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang diuruskan oleh tenaga-tenaga pakar di dalam bidang ini. Semua adalah percuma.


8. Perkampungan-perkampungan

Mendirikan perkampungan-perkampungan beraneka bidang dengan segala infra-struktur dan kemudahan secara percuma.

a) Perkampungan seniman
Mendirikan perumahan dan pusat-pusat pameran, makmal, pentas dan dewan kepada para pelukis, dramatis, penyair, pemidato, pelukis, pengukir, dramatis dan pelakon, penyanyi, pemuzik, penari dan semua budayawan. Segala-galanya adalah percuma. Di sini akan melahirkan seniman/seniwati yang berkaliber tinggi dengan hasil-hasil karya luar biasa.

b) Perkampungan dadah
Mendirikan penempatan bersepadu kepada para penagih dadah dengan beraneka jenis dadah yang percuma. Mengikut kajian psikologi, apabila seseorang itu dibiarkan untuk berbuat apa sahaja tanpa batasan, akhirnya dia akan sedar. Melalui kesedaran inilah akhirnya para penghisap dadah tidak mahu menyalahgunakan dadah dan mungkin pusat-pusat serenti sedia ada akan tutup dengan sendirinya.

c) Perkampungan masakan/minuman tradisional
Mendirikan penempatan bersepadu dengan percuma kepada tukang masak atau orang-orang yang meminati masakan/minuman tradisional:
i. masakan beraneka jenis lauk pauk
ii. penyediaan beraneka jenis minuman
iii. penyediaan beraneka jenis kuih muih
iv. restoran, warung dan katering

d) Perkampung Purba
Mendirikan penempatan berciri purba dalam semua bidang untuk menikmati alam semulajadi yang sebenarnya. Terdapat gua-gua yang berkonsep purba.

e) Perkampungan haiwan
Mendirikan penempatan untuk semua jenis haiwan ternakan, termasuk ikan. Terdapat sebuah zoo yang menempatkan segala jenis binatang yang terdapat di muka bumi ini.

f) Perkampungan hiburan
Mendirikan pelbagai jenis pusat hiburan (seperti Legoland atau Disneyland) untuk semua lapisan masyarakat secara percuma. Mungkin terdapat kasino.


9. Pengangkutan dan lebuhraya

Membina jalanraya dan lebuhraya yang bermutu tinggi tanpa tol di seluruh Alam Malai dan yang menghubungkannya dengan kawasan luar.

a) Sistem monorel yang menghubungkan semua penempatan dan perkampungan di Alam Malai secara percuma.
b) Sistem eskalator yang menghubungkan semua tempat di pusat bandar Alam Malai.
c) Kapal terbang yang menghubungkan semua negara di seluruh dunia dengan harga murah (ini disebabkan kapal-kapal terbang adalah buatan sendiri).
d) Membina lapangan terbang sendiri.
e) Sistem lalulintas yang canggih tanpa kesesakan.


10. Penginapan

Membina hotel-hotel bertaraf lima bintang dengan segala kemudahan yang berharga murah supaya tidak membebankan para pelancong dan pengunjung.


11. Stadium dan Litar Lumba

Membina stadium-stadium bertaraf dunia dengan tiada bayaran masuk dikenakan kepada para pengunjung dan penganjur yang mengadakan berbagai aktiviti. Termasuk di dalam penempatan ini ialah:

a) kolam renang bertaraf dunia
b) litar lumba kereta dan motosikal
c) gelanggang-gelanggang sukaneka
d) trek jogging dan rekreasi
e) gelanggang-gelanggan latihan
f) hostel-hostel


12. Ekonomi

Mewujudkan sistem ekonomi yang berlainan daripada sistem ekonomi sekarang yang berteraskan kepada konsep Malaiyana.

a) Bank yang memberikan pinjaman tanpa faedah
b) Harga barangan yang 100% lebih murah daripada sekarang
c) Harga perkhidmatan yang 100% lebih murah daripada sekarang
d) Keusahawanan bertaraf dunia dengan pinjaman berjangka diberikan atau geran
e) Gaji minima buruh adalah RM3,000 sebulan
f) Mewujudkan Tabung Pekerja untuk membantu para pekerja di segala bidang
g) Mewujudkan Tabung Alam Malai

13. Pusat Bandar Alam Malai

Membina pusat bandar Alam Malai yang tiada lalulintas kerana semuanya dihubungkan dengan eskalator dan lif. Tiada bangunan pencakar langit di sini, semuanya 10 tingkat ke bawah. Segala kemudahan bandaraya terdapat di sini.



Untuk keterangan lanjut:

 Dr Ilyas Harun
 Email: drilyasmy@yahoo.co.uk
 Telefon: +60129516012